Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

BAB 2: PENGALAMAN SWAB TEST COVID-19

Hi, korang! Hari ini aku nak share dengan korang pengalaman swab test covid-19. Aku tau ramai yang dah buat, terutamanya orang yang bekerja di sector perkilangan ataupun yang bekerja kontraktor. Tapi, pengalaman ini masih baru untuk alami. Kisahnya bermula disini Minggu lepas adik aku disahkan demam oleh doktor. Hasil daripada swab test pun negative. Then, sehari sebelum raya haji haritu, aku temankan abah nak hantar makanan raya dekat adik aku. Sebab adik aku tak duduk sekali dengan keluarga. Dia kerja kontraktor dan kebetulan syarikat dia pun ada sediakan rumah sewa untuk kemudahan dia. Jadi, masa hari kami jumpa pulak, dia bersalaman dengan abah (cuma salam jelah, tak ada bercium/berpeluk rindu). Aku pulak sekadar jumpa adik dekat dalam kereta. Rumah bujang kan, gila nak suruh aku keluar. Dua hari kemudian, adik aku buat swab test lagi, hasil daripada rtk dia positif. Kami semua gelabah sebab ada jumpa adik. Mujurlah ada kawan yang pernah alami situasi macam ini, dia sar...

BAB 1: BAGAIMANA FIBROIDADENOMA DIKESAN?

First of all, aku nak ucapkan terima kasih sebab melawati blog baru aku ni. Actually, dah lama dah aku menjerumuskan diri dalam dunia blog. Tapi, itulah… niat tak stabil. Asyiklah bertukar blog (buat baru, padam, buat baru, padam) at the end aku give up. Tapi, memandangkan harini aku work from home dan kerja aku tak adalah banyak buat masa ini. Aku meluangkan sedikit waktu dengan menaip. (Finally, I am back!) Hopefully, kali ini aku betul-betul konsistenlah. Okay, guys. Kenapa aku pilih tajuk Fibroidadenoma sebagai tajuk utama aku kali ini? Sebab, ini adalah salah satu fibroid yang baru saja tumbuh masuk dalam badan aku lebih kurang setahun lebih. Hasil rujukan daripada doktor-doktor yang merawat kes aku, ini bukanlah satu kanser dan takkan menjadi kanser. Dibawah aku lampirkan gambar daripada google mengenai Fibroidadenoma: Macam mana aku boleh detect benda ni dalam badan aku? Ada satu petang yang indah… masa tu aku tengah baring. Then, tangan aku entah macam mana ...