First of all, aku nak ucapkan terima kasih sebab melawati blog baru aku ni.
Actually, dah lama dah aku menjerumuskan diri dalam dunia blog. Tapi, itulah… niat tak stabil. Asyiklah bertukar blog (buat baru, padam, buat baru, padam) at the end aku give up.
Tapi, memandangkan harini aku work from home dan kerja aku tak adalah banyak buat masa ini. Aku meluangkan sedikit waktu dengan menaip. (Finally, I am back!)
Hopefully, kali ini aku betul-betul konsistenlah.
Okay, guys.
Kenapa aku pilih tajuk Fibroidadenoma sebagai tajuk utama aku kali ini?
Sebab, ini adalah salah satu fibroid yang baru saja tumbuh masuk dalam badan aku lebih kurang setahun lebih.
Hasil rujukan daripada doktor-doktor yang merawat kes aku, ini bukanlah satu kanser dan takkan menjadi kanser.
Dibawah aku lampirkan gambar daripada google mengenai Fibroidadenoma:
Macam mana aku boleh detect benda ni dalam badan aku?
Ada satu petang yang indah… masa tu aku tengah baring. Then, tangan aku entah macam mana boleh terlanggar pada biji which is fibroid yang kawasannya berada di sekitar payudara.
Aku dalam hati pun risau jugak, terus bangun bergegas pergi bilik untuk check. Mak dan mak uda cakap, benda tu tak serius mana pun sebab dia tak duduk satu tempat.
Oh ya, kes ni jadi dekat kampung ya.
A few days later, aku tergerak hati untuk pergi klinik buat pemeriksaan sebab takut benda tu merbahayakan.
Hasil pemeriksaan klinik dan hospital.
Hasil daripada jumpa doktor tu, dia cakap, “Saya rasa itu adalah fibroidadenoma saja. Hope so macam itulah.” Then, dia cakaplah benda tu besarnya 2 meter, etc. Dan dia buat surat untuk rujuk pada pakar hospital.
Oh ya, dia ada tambah lagi, “Nasib baik awak cepat datang buat check up sekarang. Sebab kalau awak jumpa late 30’s, boleh suspek kanser. Sepatutnya muda-muda macam ni kena aware dengan benda macam ini.”
Aku pergi naik hospital untuk buat 1st appointment dengan doktor pakar. Anyway, klinik yang aku pergi ni adalah Klinik Kesihatan Sultan Ismail (KKSI). So, dekat je dengan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Masa appointment dengan doktor pakar pulak, dia suruh aku buat scan ultrasound dekat KPJ. Dia buatkan surat rujukan untuk kes aku ni kepada KPJ. Sebab jawapan dia sama dengan doktor dekat KKSI tu.
Scan ultrasound.
Lepas scan ultrasound, aku diberikan perkhidmatan percuma untuk mendapatkan khidmat consultant dari doctor dekat KPJ. (Kebetulan masa tu ada promotion untuk program kesedaran kanser payudara. So, daripada RM200, kenalah bayar RM90.)
Apa yang doktor KPJ tu beritahu hasil daripada scan ultrasound tu,
Sebenarnya ada 3 biji dalam payudara kiri dan kanan. Tapi, yang paling besar di bahagian kanan (2 meter).
Kes macam ini bukanlah satu kes yang membimbangkan. Sebab benda ni takkan menjadi kanser dan jangka waktu dia membesar mengambil masa yang lama (bertahun-tahun).
Aku tanya ada pantang larang dari segi makanan/aktiviti/kehidupan. Doktor kata, tiada masalah pun. Ianya tak menganggu kehidupan seharian kita.
Untuk urusan pembuangan fibroid ni, doktor kata refer balik hospital. Sebab kes ini aku rujuk dekat HSI. Tapi, kalau KPJ, dia tak buang. Doktor akan inject bahagian fibroid tu untuk tarik cecair fibroid tu dan dibuat sample sahaja.
Sampai disini sahaja hasil pemeriksaan dekat KPJ.
Balik semula pada Hospital Sultan Ismail (HSI).
Aku ringkaskan jela perjalanan aku sepanjang rawatan kes ni. Sebab fibroid tu masih lagi ada dalam badan. Dan aku masih mendapatkan rawatan susulan yang sama, berulang-ulang kali.
Antara rawatan yang hospital sediakan untuk aku hanyalah dua: Scan ultrasound dan khidmat consultant daripada doktor.
Actually, ada doktor yang nak suggest aku buang, tapi bila check je, pandai benda tu menyorok. Hilanglah dia kemana-mana. Sebab kata doktor, kalau operate, tapi tak jumpa susah. Jadinya membazir masa kat situ. Ada doktor yang cakap, benda tu terlalu banyak. Buat masa ni tak perlu buat.
So, aku follow the flow sajalah rawatan ini.
Kalau ada perkembangan baru tentang pembuangan fibroid ni, aku akan share dengan korang segala perjalanan aku.
Stay tune tau!
P/S: Aku tambah sikit, mana yang kurang faham dengan cerita aku. Actually, doktor hanya fokus pada fibroid yang 2 meter. Sebab dia besar dan boleh jadi ketidakselesaan. Sekiranya berlaku pendarahan atau bengkak-bengkak yang luar biasa, terus direct doktor.

Comments
Post a Comment