Skip to main content

BAB 2: PENGALAMAN SWAB TEST COVID-19

Hi, korang! Hari ini aku nak share dengan korang pengalaman swab test covid-19. Aku tau ramai yang dah buat, terutamanya orang yang bekerja di sector perkilangan ataupun yang bekerja kontraktor. Tapi, pengalaman ini masih baru untuk alami.

Kisahnya bermula disini

Minggu lepas adik aku disahkan demam oleh doktor. Hasil daripada swab test pun negative. Then, sehari sebelum raya haji haritu, aku temankan abah nak hantar makanan raya dekat adik aku. Sebab adik aku tak duduk sekali dengan keluarga. Dia kerja kontraktor dan kebetulan syarikat dia pun ada sediakan rumah sewa untuk kemudahan dia.

Jadi, masa hari kami jumpa pulak, dia bersalaman dengan abah (cuma salam jelah, tak ada bercium/berpeluk rindu). Aku pulak sekadar jumpa adik dekat dalam kereta. Rumah bujang kan, gila nak suruh aku keluar.

Dua hari kemudian, adik aku buat swab test lagi, hasil daripada rtk dia positif. Kami semua gelabah sebab ada jumpa adik.

Mujurlah ada kawan yang pernah alami situasi macam ini, dia sarankan untuk menghubungi CAC (Covid Assesment Centre) untuk aku dapatkan perkhidmatan, apa yang perlu aku buat dalam keadaan macam ini.

Hasil perbualan aku dengan pegawai CAC tu, dia kata kalau jumpa tak lebih daripada 15 minit dan ke atas tak dikira kontak. Dan hasil daripada check details adik aku, rtk positif. Boleh jadi pcr dia, negative. Apapun, kena tunggu. Tapi, kalau positif, bolehlah buat swab test.

Tapi, panik punya pasal, aku sekeluarga buat jugaklah swab test. Sebab abah dah salam dengan adik. Alhamdulillah, result negative. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, kami pun kuarantin diri dalam 5 hari, terutamanya aku dengan abah.

Dan kebetulan abang paksu ditugaskan menjaga orang covid dekat pusat kuarantin, dia pun ada bagi penerangan berkaitan masalah ini. Dan berdasarkan penelitian kami, memang kami bukan kontak rapat daripada adik. Rasa lega.

Pesanan buat korang

Aku nak bagi pesanan pun, aku sendiri ada langgar jugak. So, disebabkan pengalaman ini aku minta korang semua stay safe okay. Jaga diri, banyakkan berdoa semoga kita dijauhkan wabak ini.

Dan buat mereka yang mengalami, aku doakan korang semua cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Percayalah asbab kepada semua ini berlaku, sebab Allah Taala nak kita kembali pada dia dan nak hapuskan dosa-dosa kita semua.

Aku sebenarnya tak nak sebut pasal adik aku. Nanti aku nangis, dok fikirkan macam manalah dia kat sana. Dahlah sejenis yang tak reti nak khabar-khabar kami satu family. Get well soon, brother.

Stay safe and stay healthy, korang! 

Kita jaga kita 💕

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: BAGAIMANA FIBROIDADENOMA DIKESAN?

First of all, aku nak ucapkan terima kasih sebab melawati blog baru aku ni. Actually, dah lama dah aku menjerumuskan diri dalam dunia blog. Tapi, itulah… niat tak stabil. Asyiklah bertukar blog (buat baru, padam, buat baru, padam) at the end aku give up. Tapi, memandangkan harini aku work from home dan kerja aku tak adalah banyak buat masa ini. Aku meluangkan sedikit waktu dengan menaip. (Finally, I am back!) Hopefully, kali ini aku betul-betul konsistenlah. Okay, guys. Kenapa aku pilih tajuk Fibroidadenoma sebagai tajuk utama aku kali ini? Sebab, ini adalah salah satu fibroid yang baru saja tumbuh masuk dalam badan aku lebih kurang setahun lebih. Hasil rujukan daripada doktor-doktor yang merawat kes aku, ini bukanlah satu kanser dan takkan menjadi kanser. Dibawah aku lampirkan gambar daripada google mengenai Fibroidadenoma: Macam mana aku boleh detect benda ni dalam badan aku? Ada satu petang yang indah… masa tu aku tengah baring. Then, tangan aku entah macam mana ...